Monday, January 28, 2013

cinta selepas kahwin?? biaq betoi hang nieh..


 Assalamualaikumwarohmatullah :)

*This's just another post from my blog and i noted it here. So don't get confused if the sentences are more to informal state.



Kalau korang round2 blog, dan notes fb, juga laman web islamik macam iluvislam, banyak dah yang post pasal bercinta sebelum@selepas kahwin ni. Banyak juga yang kata mereka nak bercinta selepas kahwin, kerana menurut mereka, itu lebih indah dan manis gitue!. Tapi, kalau zaman sekarang, relevankah bercinta selepas kahwin?


Kalau tanya kepada mereka yang sokong bercinta selepas kahwin, mesti ada pendapat masing-masing untuk menyokong, seperti lebih berkat, dapat mengelakkan maksiat, dapat membina keluarga yang diredhai, dapat mencapai mardhatillah, lebih indah kerana dapat buat pelbagai aktiviti dengan suami atau isteri tanpa berdosa sebab dah ada ikatan yang sah, bla..bla..bla..


Dan sama juga, kalau ditanya kepada yang berat menyokong kepada cinta sebelum berkahwin, mereka juga mempunyai hujah tersendiri untuk menyokong pendapat masing-masing, seperti mudah untuk saling mengenali pasanga sebelum berkahwin, ingin memastikan pasangan betul2 mereka punya Mr @Mrs. Right sebelum memilih mereka untuk dijadikan suami atau isteri, ingin ruang untuk lebih memahami hati dan sikap masing-masing sebelum ambil keputusan besar untuk bernikah, dan sebagainya.


Dulu seingat saya, saya pernah ada baca satu artikel tentang bercinta selepas kahwin, then ada salah satu komen bertanyakan, "habis tu, macam mana nak tahu orang tu sesuai ke tidak dengan kita, macam mana nak kenal orang tu?"


Jadi, bila saya fikir2 balik, saya ni nak pilih yang mana ya,,,, Oh tidak, saya bukan gatal merenyam nak bernikah sangat pada usia 19 tahun, tapi saya perlu fikir dari sekarang, supaya dapat menetapkan matlamat untuk masa depan, kerana kalau saya memilih bercinta sebelum kahwin, maka saya harus mula mengorak langkah dari sekarang untuk mencari lelaki berpotensi, untuk saya bercinta dengannya dahulu agar nanti bila dah besar, dan tiba saat saya ingin bernikah, saya sudah cukup kenal hati budi dia. Kalau saya bercinta dari sekarang, maknanya saya mempunyai masa bertahun-tahun untuk berkenal-kenalan dan menyemai cinta bersamanya.

Dan jika saya memilih untuk menetapkan cinta selepas kahwin, maka tindakan yang perlu saya ambil dari sekarang ialah, jaga diri baik2, kurangkan berhubung dengan lelaki bukan mahram melainkan untuk urusan penting, jaga hati baik-baik, dan menjauhi sebarang jenis perhubungan yang sia-sia.

Tapi korang, nak pilih yang mana?

Berbalik kepada persoalan tadi. "kalau kita tak kenal orang tu sebelum kahwin, macam mana pulak kita nak hidup bersama dengan dia? Kalau zaman dulu tu lainlah, zaman sekarang ni, lelaki perempuan sama sahaja, banyak yang tidak boleh dipercayai"

Hmm betul jugak kan,? Mana tahu kot2 dah kahwin, tiba2 kita rasa tak boleh nak go on dengan dia, sebab terlalu banyak sikap dan karakter dia yang kita tak berkenan. Mana tahu kot2 dah kahwin, baru kita tahu sebenarnya suami kita ini menyimpan rahsia yang cukup besar, contohnya suami kita sebenarnya adalah Superman atau Spiderman mahupun Kluang Man. Waktu tu mungkin kita akan cakap, "oh damn, kalaulah aku bercinta dahulu dengan dia sebelum kahwin, dan tak terus kahwin hari tu, mesti semua ini gak akan berlaku. Dah tak pasal-pasal sekarang ni aku kena kejar dengan penjahat!"

Tapi best jugak kan, bila fikirkan balik, kalau2 besar nanti kita berkahwin, dan suatu hari kita terjumpa bilik kebal rahsia di bawah tanah, dan kita pun tahu suami kita rupa-rupanya adalah seorang superhero yang selama ini menyelamatkan orang awam. Hebatnya dia~ :)
Tapi, macam mana pulak kalau kita jumpa sut Green Goblin? Maknanya suami kita tu jahat sebenarnya..waaa..sedihnya..:(

Imaginasi terlampau!~ T_T


Jadi setelah difikir-fikirkan, kalau ikut pandangan saya, saya lebih memilih untuk bercinta selepas kahwin, tetapi berkenalan sebelum kahwin. Maksudnya bagaimana ya..

Adakah dengan berkenal sebelum kahwin maksudnya saya akan ym, chatting dan skype dengan dia untuk lebih mengenali. Yalah, mestii nak tanya, dia suka makan apa, warna apa yang disukai? kalau ada masa lapang, selain DOTA, apa lagi yang dia suka buat, penulis apa yang digemari, kenapa perhimpunan bersih pakai warna kuning? mengapa tidak kelabu ataupun pink? , bla..bla.. antara Oprah Winfrey show dengan Semanis Kurma mana lagi suka tengok, bla..bla...bla...Catherine Zeta Jones dengan Jennifer Lopez mana lagi chantek, pernah pergi Jom Heboh tak?..bla..sok..sek...saya sayang awak..okay, i love u....


Bila dah berkenal-kenalan begitu, yakinkah kita akan bahagia selepas kahwin? Betul ke kita perlu tahu sedetail-detailnya tentang setiap mukasurat kehidupannya?


Jawapan saya adalah TIDAK. Bukan perkenalan begitu yang saya maksudkan. Jika kita ingin yakinkan diri dengan sikap dia, perangai dia, ada inisiatif yang berganda lebih baik dan terjaga lagi berbanding kita sendiri tanya dia.

Islam sebenarnya dah ajar semua benda ni. Cuma kita je yang tak tahu, atau memang sengaja takmau ambil tahu.

Caranya ialah dengan berta'aruf. Maksudnya dalam bahasa melayu, saling berkenalan.
Oh, mungkin korang tertanya-tanya, apa bezanya dengan yang atas tu?

Untuk yang belum tahu, ta'aruf/ proses berkenalan yang dianjurkan Islam ni merupakan proses yang melibatkan orang tengah, maksudnya macam lelaki dan perempuan ni kalau nak berta'aruf biasanya akan ditemani mahram atau teman yang reliable, so takdelah diorang berdua sahaja yang berbincang.

Tapi teman2 tu pulak mestilah yang dipercayai, yang waras, yang tahu beza baik buruk. Jangan pulak bawak adik kakak yang terencat akal tak tahu apa2 atau adik umur lapan tahun yang boleh rasuah eskrem pi main jauh2..

Biasanya kalau korang baca novel2 islamik, mesti ada babak laki ni nak berkenalan ngan perempuan ni, so dia guna orang tengah yang dipercayai minta tolong sampaikan hajat dia, dan kalau perempuan tu pun setuju, bolehlah buat sesi kenal-kenalan/ta'aruf/ice-breaking or watever you may call it. Tapi tak ice breaking sangatlah kan. Biasanya orang kalau ta'aruf ni bukannya tanya apa benda detail sangat, kira macam perkara2 dasar sahaja, tak sampai cair lagi ais tu, macam baru keluar peti sejuk je. Still keras, tapi lama-kelamaan selepas kahwin, akan cair (orang pick-up mesti faham analogi ni. Siapa tak faham, makan ikan dan gajus banyak sikit, biar cergas otak).


Lagi satu, kalau nak tahu pasal peribadi orang yang kita hendak pilih sebagai pasangan hidup a.k.a. soulmate ni, bagi saya cara paling tepat adalah dengan menggunakan orang tengah yang dipercayai, untuk bertanyakan tentang peribadi orang tu.


Contohnya macam ni:
Ada seorang lelaki, misal kata namanya Naimi. Naimi ni seorang yang baik, stok2 tak tinggal solat berjemaah di masjid, hormat ibu bapa, kasihkan binatang, dan juga suka menderma. Jadi satu hari, Naimi ni rasa sudah tiba masa untuk dia mendirikan rumah tangga. Kebetulan dia pun ada macam crush gitu dengan seorang budak perempuan satu universiti dengan dia. Minggu lepas dia ternampak budak perempuan ni selamatkan kucing yang sedang terkapai-kapai di dalam longkang besar, dan secara automatiknya dia pun terjatuh hati. Tanpa berlengah lagi, Naimi ni pun bertanyakan seorang pensyarah di universiti dia yang dipercayai dan rapat dengan budak perempuan ni tentang peribadinya. Baik ke tidak budaknya? perangainya macam mana? fikrahnya bagaimana? dan beberapa lagi soalan yang betul2 penting dan perlu diambil kira.Sebab bagi Naimi, setakat selamatkan kucing jatuh longkang bukanlah satu jaminan yang pasti untuk menjamin peribadi perempuan ni. Manalah tahu kot2 budak perempuan tu sengaja jatuhkan kucing tu, dan pura2 selamatkan sebab nak bagi orang kata dia wirawati penyelamat haiwan kan..manalah tahu..


So selepas merisik2 mantaplah hati Naimi untuk meminang perempuan ini berdasarkan opinion dan feedback daripada pensyarah yang dipercayai dan juga beberapa orang kawan perempuan ini yang sempat ditemu ramah. Naimi pun bernikah dengan perempuan ni dengan majlis yang sederhana, mas kahwin yang sederhana dan tidak melampau-lampau. Then selepas nikah, barulah Naimi dan Naimah betul2 bercinta dan mengenal hati budi masing2. Setel!


Itu kalau ada yang dah berkenan di hati, tapi kalau yang tak ada sesiapa lagi yang di'aim'kan, tapi rasa macam dah sedia nak bernikah, minta je lah mak carikan, ataupun nak lagi best minta tolong dari mana2 ustaz, atau ustazah, atau siapa yang kita yakin dia akan memberi kita pendapat dan cadangan yang terbaik. Kan senang macam tu. Waktu saya menumpang sekejap kat pondok dulu pun, selalu je dengar ada yang minta ustaz dan ustazah yang ada kat situ untuk carikan calon isteri, dan memang selalu ada yang nak akad nikah dan buat kenduri terus di pondok. Majlis yang sederhana dan tidak membazir. Tak payah nak pelamin2 bagai. Kitorang budak2 pondok ni pun tumpang gembira. Memasing menyibuk je nak tengok muka pengantin. Tapi tak bestnya kitorang kena basuh2 ayam.. *Saya paling tak suka bersihkan ayam! T_T..

Oh ya, sekarang ni kalau tak silap saya, ada persatuan Baitul Muslim, dia ala2 pencarian jodoh macam tu lah. Lagi senang.

So itulah.. sebenarnya tiada istilah couple sebelum kahwin, sebab once kita berkahwin, barulah kita boleh bergelar couple. "You complete my life". Cewah!!

Kita tidak perlu risau takut2 tersalah pilih, sebab inshaAllah DIA mengatur yang terbaik buat kita. Jodoh itu sudah ada, inshaAllah. Tak perlu kita nak runsing untuk bercinta awal2 sebelum adanya ikatan pernikahan.

Kalau misal kata kita masih belajar dan betul2 suka pada seseorang dan kita memang nak jadikan dia sebagai isteri/suami suatu hari nanti, jumpalah parents dia, bertunang dulu.Jumpa parents terus much better and proper daripada kita sendiri berhubung dengan yang empunya diri. Pada masa yang sama, walaupun dah bertunang, jangan pulak kita menggatal nak call, skype, chat, ym, text semua tu selagi tiada urusan yang penting.


Ingat ya, bertunang bukan satu tiket untuk menghalalkan semua benda tu. Hubungan sesama tunang sama sahaja batasnya dengan lelaki dan perempuan yang lain. Cumanya, tunang itu sebagai satu tanda dan keterikatan janji antara lelaki dan perempuan tersebut. Sebab, syaitan tu kan, dia licik sangat, macam-macam cara dia boleh guna untuk menyesatkaan kita. Pantang ada peluang, terus je dia masuk line.


Jadi kesimpulannya bercinta selepas kahwin ni sangat relevan. Tak perlu timbul isu "eh, habis tu macam mana kita nak kenal? nak tahu dia tu baik atau tidak? Semua ada solusi dan jalannya mengikut kaedah yang dibenarkan syara' dan dapat memelihara hati dan perasaan. Islam itu syumul, jangan kita sempitkan. Kalau tak sefahaman sikit tu biasalah, bak kata orang tua2, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Kalau dah kahwin, pandai-pandailah sesuaiakn diri dan bertolak ansur. Perbezaan itu yang membuat hidup kita berwarna-warni. Takkan semua nak sama je kan. Tak challenging lah gitu. Ceh, kenyataan macam orang dewasa yang sudah berpengalaman. (Jangan main2 ya, saya pernah bercita-cita menjadi kaunselor perkahwinan waktu Tingkatan Lima) :p


Lagi satu, tak usah kita bimbang sangat, fikir sangat tentang "macam mana suami aku ni nanti ea?" atau "siapalah bini aku nanti"?

Suka saya untuk memetik satu kata2 yang saya pun tak ingat dapat dari mana:

"Banyakkan menjadi daripada mencari".


Maksudnya, kita tak payah nak bimbang nak cari sedari awal, dan sibukkan diri kita dengan those petty things semua tu. Sebab bercinta @ couple awal2 ni pun banyak buat sakit kepala jugak. Time bahagia, yes, memang hati berbunga2, tapi kalau mai ribut taufan tu, mau serabut kepala kita nak fikir. Effect kita punya life dan study nanti. Paling penting, hubungan kita dengan Allah macam mana?


Apa yang perlu kita buat, single- single ladies and gentlemen sekalian adalah :

1) Perbaiki diri dari masa ke semasa.
2) Tuntut ilmu sebanyaknya
3) Baiki dan jaga hubungan dengan Allah.

Ingat satu perkara ni. "Jagalah urusan dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjaga urusanmu. "

Bab-bab jodoh ni, kita serahkan pada DIA. Tak bermakna kita tidak usaha, kita PERLU USAHA! Tapi bukan usaha untuk cari bf or gf, tetapi usaha untuk mencari suami/isteri.


Dan korang pun biasa dengar kan, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaiknya. Jadi baiklah sekarang ni kita cuba usaha membaiki diri, rapatkan diri dengan Allah, baiki hubungan dengan DIA dan inshaAllah the rest will flow by its own, in a very amazing and unexpectable way. Believe me. :)


Ruangan bonus bulan ni:

1) Kalau pun kita tak berjodoh di dunia ni, tak perlu sedih sangat dan kecewa pun. Imam An-Nawawi misalnya, seorang ulama' yang sangat berjaya dan memanfaatkan ilmu dan usaha sepanjang hidupnya demi Islam pun membujang hingga dijemput Ilahi.

Rabi'atul 'Adawiyah yang terkenal dengan riwayat kesufiannya itu pun tidak pernah sedih kerana tidak ber'soul mate'.

Dalam hidup ini, apa yang penting, dan yang kita perlu damba sangat2 adalah redha Allah. Usaha ke arah itu yang penting :).


2) Saya sangat ingat nasihat Madam Wan (UiTM Kuantan) saat saya mengadu kepada beliau tentang sesuatu. Kata beliau : "Kita ni, tak perlu spesifikan sesiapa untuk jadi suami kita, tapi sppesifikkan ciri-ciri yang kita mahukan dalam diri seorang suami, yang bakal menjadi imam kita."

Kata-kata ini saya pegang sungguh-sungguh. Saya tidak akan aim siapa2, apatah lagi pada usia yang masih sangat muda ini. Saya cuma ingin belajar menjadi wanita yang terbaik di mata Allah, kerana saya yakin, DIA juga sentiasa memberikan saya segala yang terbaik dalam hidup ini. Wallahua'alam

Nota kaki:

1)Maaf jika ada sebarang salah silap dan ayat-ayat yang mungkin mengguris hati mana2 pihak. Kebenaran itu, sepahit mana pun ia, wajib kita tegakkan.

Dan jika ada mana2 part yang kurang jelas saya terangkan sehingga menimbulkan kekeliruan, anda boleh tegur dan tanya saya semula.

Daa~ (^_^)
credit to: toing2

No comments:

Post a Comment