Thursday, January 31, 2013

cik iman bangga :)


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..

Tidak lupa kepada anak2 ku.. mela,melon,sookie,lowkey serta anak tiri si moly... umi nak tlis entri baru ni.. syuh3~~ men jauh2.. okeh! setel cik iman dah halau anak2 yang nakal itu. :P




        Hari ni cik iman nak cite pasal cik iman bangga.. sape ikut eps para pendakwah melinia kat tv3 tu?? anda kenal dengan kak nor adibah rozain?? beliau dulu merupakan senior di sekolah cik iman. beliau dulu merupakan ketua umum kira macam ketua aspuri la. Seorang yang sangat sempoi, sporting dan sangat menyayangi junior2. Ada suatu ketika beliau menangis kerana mengenangkan junior2 beliau yang sangat nakal. Cik iman dulu macam kira satu organisasi la dengan kak dibah sebagai ketua pelajar. Kat sini bukan cik iman nak naik2 kan nama beliau tetapi hanya ingin menyampai kan salah satu contoh di mana masyarakat akan pandang kita. dari mana asal kita? siapa ibu bapa kita? dekat mana skolah kita belajar dulu ? tak pe lah senang je nak jawab kalau kita ditanyakan soalan jika kita buat perkara yang baik. Tapi kalau buat perkara yang tidak baik?? emm.. tepuk dada kuat2 tanya iman.. bukan cik iman tau kikikiki..




tekan  sini


sayang mereka.

     Beliau merupakan salah satu contoh tauladan kita semua. ambil lah input2 berguna daripada apa yang disampaikan oleh beliau ye kawan2!! pandang kiri pandang kanan taw sebelum buat sesuatu benda..~` sayang kamu semua!! CIPIKA CIPIKI




mereka sudah selesai... kamu dan saya?

Bismillahirrahmannirrohim.. assalamualaikum ya ahli kubur

anda kenal mereka? mesti kenal punyakan..


 baca kisah yasmin di  sini

nama: yasmin johan eusoffe
nama samaran: yasmin j hunwick
tarikh lahir: 22.2.1995
asal: Georgetown, Penang
menetap: langkawi, kedah
status: yang pasti aku tak kahwin lagi.
tarikh meninggal : 3 june 2012



baca rentetan kisah hajar di  SINI
   nama: siti hajar
status : bujang
umur: 20

Sudah tentu anda sudah tahu bahawa mereka di atas sudah dijemput ilahi dengan sekelip mata tanpa jangkaan kita betul tak? ya, umur mereka masih muda dan malah siti hajar lebih tua dari cik iman. Sedih cik iman setelah membaca rentetan kisah kak hajar yang sedang sakit tenat pada waktu itu. umur mereka baru menjangkau puluhan tetapi telah dipanggil awal untuk mengadap ALLAH yang Maha Esa. (Al-Fatihah). Kenapa cik iman ambil contoh mereka? kerana, mereka ni sebaya umur ngan cik iman kira cam halal la satu dua tahun. Ini menunjukkan umur bukan satu ukuran untuk malaikat maut menerjah bilik2 kita apabila sampai masanya. Masa itu baru kita tahu siapa kuli dan siapa bos...

Sebenarnya cik iman sangat tertarik dengan kisah arwah yasmin. Memandangkan arwah yasmin sebaya dengan cik iman. pada suatu malam tu. nak dekat exam. Cik iman give up tau. rasa macam. lantak lah nak jadi ape pun pasal result. pastu cik iman facebooking sekejap. sedang2 mengadu and sambil maki hamun kawan untuk hilang kan stress, cik iman g la google2 cerita hot terkini. then keluar la kisah about yasmin. blogger muda ni. Tangkap leleh la cik iman malam tu sambil bermuhasabah diri . 

Ya Allah tak bersyukur nya aku. masih hidup, dapat merasai trial spm, menghadapi spm sama kawan2,dapat dinner last form 5 same geng2 senget cik iman,dapat graduate sama kawan2.. tapi beliau? sebab itulah kawan2 kita mesti bersyukur dan muhasabah diri kita. Jangan selalu menyalahkan takdir dan tidak bersabar dengan segala dugaan di bumi ini. Hidup kita sebagai remaja cuma sekali, hargailah ia selagi kita masih hidup.







Ya Allah, Kau tempatkan lah mereka2 ini dikalangan orang yang soleh. Ameen  :)



Wednesday, January 30, 2013

3S (Sahabat.Sampai.Syurga)


 Bismillah.. assalamualaikum ya ahli kubur



        Holla.. hari ini cik iman nak tulis entri pasal sahabat selamanya. mesti kamu semua ada kawan karib kan aka bff la.. femes gitu .. hihi.. ada sesetengah orang dia hanya perlukan sahabat apabila susah je betul tak? bila tak ada duit masa tu juga lah dia menempel nak di minta belanja la, minta pinjam duit etc.. yang tak boleh diterima tu time habis gunakan kita kutuk2 kita dibelakang. biasalah kan selalunya benda ni jadi kat pompuan kalau bab2 mengumpat berbakul bakul ni serah kat perempuan la . itu lah antara pandangan orang,asyik2 perempuan. lelaki mane? diorang tak pernah mengumpat ke?jangan salah paham.. konpem la ade.. cuba dari  zaman datuk nenek moyang kita kan memang sudah tertanam dalam fikiran kita bahawa girl ni memang macam itu. apa susah jage diri kita sudah la. :) . 

         Kita berkawan dalam dunia ni ada tujuan dan matlamat. jika niat kita ikhlas hendak berkawan kita tidak akan kisah siapa dia dan bagaimana rupanya. berkawan lah kerana Allah, insya-Allah sampai syurga!! kawan itu adalah cermin kepada diri kita (bukan bermakna anda lihat kawan anda kurus,maknanya anda kurus sedangkan anda gemuk :p) ini bermaksud, jika kawan anda mempunyai perangai yang kurang elok, anda perlu mengambil ia sebagai satu pengajaran supaya tidak menjadi seperti mereka. Dalam masa yang sama, nasihati mereka.. jika mereka marah cam ne? nasihatlah elok2. kalau marah lagi? tunjukkan contoh yang baik. kalau marah lagi? ni la masanye, anda backhand kawan2 anda hihi.. alangkah indahnya jika persahabatn ini di jadikan sebagai satu medium dakwah. saling nasihat menasihati antara satu sama lain. 



sayang korang

korang tak sayang ke kawan korang??

          Yang cik iman tak tahan tu, ada ke patut bestfriend bergaduh kerana seorang lelaki ?? ini punya hal  konpem lah berlaku  kat perempuan. gagal logik cik iman rasa diorang ni. sedar lah! yang kamu gaduhkan itu bukan muhrim kamu, sedang kamu bergaduh, syaitan sedang berdekah-dekah ketawa diatas kebodohan kamu itu. merosakkan persahabatan kerana cinta yang tidak ada kepastiannya? sangatlah rugi. ada juga antara kita yang bersahabat hanya untuk femes dan sebagainya. sahabat ni, adalah suatu tempat untuk kita kongsi dari segi pengalaman agar kita tidak sunyi hidup di dunia ini tanpa hiburan. 





Merlin and Arthur not only as a servant and king but more than that…They are Friend..


               DIsini cik iman nak cerita pasal pengalaman dan penyesalan. kisah ini tentang kawan cik iman yang telah tiada di dunia ini. cik iman kenal dengan syazwani semasa cik iman menghadiri sebuah kelas tuisyen. syazwani seorang yang sangat periang dan baik. beliau bukan satu group ngan cik iman (bese la pompuan ada geng). cik iman boleh kira satu kepala la dengan dia ini. pastu ade satu kes yang membuatkan cik iman memang meluat tengok dia ni. boleh kira dia ni menggedik sangat la kot. bermula dari situ memang cik iman anti dia dan tak bercakap dengan dia. bermula hari itu cik iman berhenti tuisyen. selang 2 tahun kemudian,tahun itu cik iman nak ambil PMR. setiap malam akan ada solat hajat. sebelum solat hajat mesti ada tok imam kata '' niatlah.. bla3.. dan memohon supaya anak sedara pak cik joe sihat kembali'' . cik iman ambil tak endah je dengan apa yang tok imam cakap then solat macam biasa. sehinggalah beberapa bulan itu,di suatu malam, para pelajar perlu membaca yasin untuk disedekahkan kepada anak sedara pak cik joe tersebut kerana telah meninggal dunia. keesokan harinya, datanglah kira bff satu kepala la ngan cik iman( lelaki) datang kelas. 


kawan    : Weyh,  kau tau tak siapa anak sedara cik joe tu?
cik iman : uh,anak sedara dia yang sebaya ngan kita tu? tak sempat berkenalan pun.
kawan    :Sampai hati kau tak ingat tu syazwani la
cik iman : Ape sampai2 hati ni.. syazwani mane satu? aku kenal ke weyh?
kawan   : Tahap kepala banyak makan semut la kau ni. syazwani satu kelas tuisyen dengan kita dulu.yang kau kawan baik    dengan dia sekejap tu. 


         Balik je hostel terus cik iman ambil yassin dan sedekah kan kepada dia. ya Allah, cik iman rasa satu penyesalan sangat tak ambil tahu pasal dia. Syazwani meninggal kerana lEUKEMIA itulah penyesalan yang tak kan cik iman lupa sampai bila2. jadi kepada anda2 semua, sayang sahabat anda, kalau beliau hanyut.. pandu arah beliau jangan sampai kita dipandu ke jalan yang salah.. sayang sahabat selamanya. :)


“Life is like a novel. It's filled with suspense. You have no idea what is going to happen until you turn the page.”

p/s: but human being is not the writer, ALLAH is the novelist

Tuesday, January 29, 2013

FIRST GIVEAWAY BY AKMA LIYANA


  ASSALAMUALAIKUM YA AHLI KUBUR  SEMUA.. !! :)


 hai3!! first time jugak k cik iman join benda2 macam ni. ape2 pun cik iman akan berusaha meningkatkan diri dalam dunia blogging ni. Kepada sesiapa nak join. join je la! jangan malu2 cipan disi.. kuikuikuik... harap all of you support me. Ade ape2 kesalahan sila tegur dan ajarkan.. tata!!

Monday, January 28, 2013

klise.. :)


INI BUKU SAYA JANGAN AMBIL :3

credit to: bidadarijhd..


Bismillah...
 Assalamualaikum dan salam ceria semua kepada .. kepada siape ek?? sesiapa sahaja.. huhu.. 
ehem..ehem.. sound check..hari ni cik iman nak tulis entri pasal klise jalan cerita novel melayu kita.. bila pike2 balik la kan, kalau la tak ada watak2 dan jalan cerita cam tu memang tak best juga. hal ini kerana, (perghh.. cam nak tulis karangan la pula).. selera pembaca negara kita iaitu Malaysian adalah seperti itu. siapa lagi nak beli novel anak melayu tempatan kalau bukan kita yang kaki novel ni!! cik iman memang minat novel !! kalau boleh nak bercinta dengan novel dan buku sentiasa..oleh sebab itu, novelis2 tempatan perlu menulis sebuah novel yang betul2 mengikut selera pembacaan rakyat Malaysia. kesian kepada hlovate itu contohnya. tetapi cik iman harap para pembaca novel dapat mengambil iktibar dalam setiap cerita yang di baca! jangan berangan je nak dapat suami macam Benz Alif ,Asyraf Omar dan seangkatan dengan nya... (sape yang berangan sebenarnya ni?).. hihihi... cik iman memang kuat berangan sebab itu sampai sekarang alone.. kuikuik.. i dont care!! 




   Back to niat asal tadi...  contoh jalan cerita : bos dan setiausaha yang suka gaduh2 sebab diorang pernah jumpa time zaman kecil2 dahulu.. examples of the novel : kau sayang ku, air mata kasih and so on. 
orang kaya dan orang miskin, kahwin lari lepas itu mengandung then mak mertua tak terima .perkahwinan yang diatur oleh keluarga.. bergaduh then baik semula. yang pasti scene gaduh2 ni wajib ade.. yela kan dalam kehidupan ni mane ade hari yang selalu cerah, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami dan isteri.. kuikuikuik... cik iman ada suami dah ke? (tunggu salji turun dulu) hikhik.. gagal logik cik iman ni, Malaysia tidak akan turun salji...tapi cik iman nak promote la novel dari hlovate kepada korang kerana ia sangat best dan banyak input2 yang berguna yang boleh diambil dan digunakan.. antara kata2nya yang unik dan best! 


every single thing in life 

needs effort and patience
if you want the results doubly quick
then double the variables and equations
@[Hlovatesays]

Dibawah ni cik iman ade sediakan beberapa link novel online yang anda2 semua boleh bace! kalau ade novel baru dari Rynsa,nass alina noah,hlovate,syud and so on.. jangan lupa bagitau cik iman tau!



Sebenarnye.. banyak lagi lah novel on9 kat dalam internet ni. so, pandai2lah kamu2 google ye!! tata

kisah ini benar,serius tak tipu~~ :P

        

        Bismillah. Assalamualaikum dan salam satu keluarga kikikiki... kisah ni memang berlaku kepada      cik iman yang keseorangan. Dengan sayup2 kedengaran bunyik cengkerik tengah2 malam dan bunyi2 suara sumbang katak2 gatal yang tengah nyanyi lagu lovey dovey,serta bunyi2 bising macam beruk bukan macam orang dari budak2 form 4, pergh~ stress oo.. nak study nie weh.. tahu la korang ade kem esok kan?? pergh, bergegar medulla oblongata cik iman. ape lagi malam tu terus cik iman tutup buku then selubung dalam selimut dan buat projek lah.. (tolong suci kan minda anda yang biru itu).. tido!! sebelum mata terlelap tibe teringat yang esok student form 5 ade kem juga tapi cik iman tak pergi.. emm,dan yang paling menyayat jantung nye, 3 orang roommate cik iman pergi kem tu.So the problem is solved..selesai apekebnda nye,maknanya hang tinggal sorang2 je la nanti dan floor budak form 4 kosong.. (cik iman tinggal di thirth floor,form 5 tinggal first floor,MPP berjaye so,kena la cik iman and the gang ni jage budak2 form 4 yang kurang wayar time tu). relaks la sis, esok kan masih ade..



          Petang esoknye, student form 5 yang kena pergi kem tu pun siap2 kan barang diorang dan pergi la dengan suke hati untuk berkhemah.. cik iman relaks lagi time tu.. naik bilik kat atas sorang2 yelah kan floor pon da kosong.. ha3 (budak2 seangkatan ngan fe mau da blah).. cik iman siap2 la nak pergi surau..malam tu tak ade prep so, balik awl sambil singgah jap kat bilik member floor bawah suruh teman naik atas. on the way naik atas ade la cik iman dengar2 student2 form 3 sedang bergosip-gosip pasal makhluk2 dotdot dan kisah2 seram kat kawasan maktab kitorang.. dalam hati cik iman geram je nak backhand budak2 tak cukup umur tu dah la die bagi cik iman dengar ayat terakhir tu  ''ko tahu tak, tempat paling scary sekalli dekat hostel kita sebab ustaz tak sempat buang *&%%$.. dekat thirth floor,wing b''..






        Ape lagi,cik iman terus la pandang kawan cik iman kat sebelah, then kitorang speechless! cik iman rase nak pusing balik nak shakehand then ucap congrats kat budak2 tu sebab dapat diam kan kitorang..cik iman ngan member pun masuk bilik borak,rapat kan katil then ready untuk tidur. cik iman rase tak sedap dah time dah lights off (saje je buat2 gagah). then start dari situ, tin biskut atas loker jatuh,tangan kebas lah, then kitorang pon tidur.cik iman terjaga tau,macam biasa first benda yang akan cik iman raba ialah jam loceng! even ade enset mahal  cokia kat tepi pun..


         Oppss!!.. ape kebenda sejuk ni,  tangan! mak oii.. mencicit cik iman peluk kawan kat sebelah.sambil membaca ayat2 yang menggunung di dada ku..kuikuiki. kat kepala memang da fikir macam2 dah.. semua tajuk cerita hantu terkeluar dari kepala, pergh~~ time tu yang tak boleh blah hantu kak limah pon nak menyibuk juga.. cepuk kang! esok, cik iman cerita dengan member cik iman tu. rupenya die pun kena jugak.. selamat! cik iman ingat sesorang je yang rase~ begitulah ceritanye. ape? nak tahu ape yang terjadi kat kawan cik iman? hehe.. dia punya cerita lagi seram, cik iman pon tak sanggup cerita.. so, tata!

cinta selepas kahwin?? biaq betoi hang nieh..


 Assalamualaikumwarohmatullah :)

*This's just another post from my blog and i noted it here. So don't get confused if the sentences are more to informal state.



Kalau korang round2 blog, dan notes fb, juga laman web islamik macam iluvislam, banyak dah yang post pasal bercinta sebelum@selepas kahwin ni. Banyak juga yang kata mereka nak bercinta selepas kahwin, kerana menurut mereka, itu lebih indah dan manis gitue!. Tapi, kalau zaman sekarang, relevankah bercinta selepas kahwin?


Kalau tanya kepada mereka yang sokong bercinta selepas kahwin, mesti ada pendapat masing-masing untuk menyokong, seperti lebih berkat, dapat mengelakkan maksiat, dapat membina keluarga yang diredhai, dapat mencapai mardhatillah, lebih indah kerana dapat buat pelbagai aktiviti dengan suami atau isteri tanpa berdosa sebab dah ada ikatan yang sah, bla..bla..bla..


Dan sama juga, kalau ditanya kepada yang berat menyokong kepada cinta sebelum berkahwin, mereka juga mempunyai hujah tersendiri untuk menyokong pendapat masing-masing, seperti mudah untuk saling mengenali pasanga sebelum berkahwin, ingin memastikan pasangan betul2 mereka punya Mr @Mrs. Right sebelum memilih mereka untuk dijadikan suami atau isteri, ingin ruang untuk lebih memahami hati dan sikap masing-masing sebelum ambil keputusan besar untuk bernikah, dan sebagainya.


Dulu seingat saya, saya pernah ada baca satu artikel tentang bercinta selepas kahwin, then ada salah satu komen bertanyakan, "habis tu, macam mana nak tahu orang tu sesuai ke tidak dengan kita, macam mana nak kenal orang tu?"


Jadi, bila saya fikir2 balik, saya ni nak pilih yang mana ya,,,, Oh tidak, saya bukan gatal merenyam nak bernikah sangat pada usia 19 tahun, tapi saya perlu fikir dari sekarang, supaya dapat menetapkan matlamat untuk masa depan, kerana kalau saya memilih bercinta sebelum kahwin, maka saya harus mula mengorak langkah dari sekarang untuk mencari lelaki berpotensi, untuk saya bercinta dengannya dahulu agar nanti bila dah besar, dan tiba saat saya ingin bernikah, saya sudah cukup kenal hati budi dia. Kalau saya bercinta dari sekarang, maknanya saya mempunyai masa bertahun-tahun untuk berkenal-kenalan dan menyemai cinta bersamanya.

Dan jika saya memilih untuk menetapkan cinta selepas kahwin, maka tindakan yang perlu saya ambil dari sekarang ialah, jaga diri baik2, kurangkan berhubung dengan lelaki bukan mahram melainkan untuk urusan penting, jaga hati baik-baik, dan menjauhi sebarang jenis perhubungan yang sia-sia.

Tapi korang, nak pilih yang mana?

Berbalik kepada persoalan tadi. "kalau kita tak kenal orang tu sebelum kahwin, macam mana pulak kita nak hidup bersama dengan dia? Kalau zaman dulu tu lainlah, zaman sekarang ni, lelaki perempuan sama sahaja, banyak yang tidak boleh dipercayai"

Hmm betul jugak kan,? Mana tahu kot2 dah kahwin, tiba2 kita rasa tak boleh nak go on dengan dia, sebab terlalu banyak sikap dan karakter dia yang kita tak berkenan. Mana tahu kot2 dah kahwin, baru kita tahu sebenarnya suami kita ini menyimpan rahsia yang cukup besar, contohnya suami kita sebenarnya adalah Superman atau Spiderman mahupun Kluang Man. Waktu tu mungkin kita akan cakap, "oh damn, kalaulah aku bercinta dahulu dengan dia sebelum kahwin, dan tak terus kahwin hari tu, mesti semua ini gak akan berlaku. Dah tak pasal-pasal sekarang ni aku kena kejar dengan penjahat!"

Tapi best jugak kan, bila fikirkan balik, kalau2 besar nanti kita berkahwin, dan suatu hari kita terjumpa bilik kebal rahsia di bawah tanah, dan kita pun tahu suami kita rupa-rupanya adalah seorang superhero yang selama ini menyelamatkan orang awam. Hebatnya dia~ :)
Tapi, macam mana pulak kalau kita jumpa sut Green Goblin? Maknanya suami kita tu jahat sebenarnya..waaa..sedihnya..:(

Imaginasi terlampau!~ T_T


Jadi setelah difikir-fikirkan, kalau ikut pandangan saya, saya lebih memilih untuk bercinta selepas kahwin, tetapi berkenalan sebelum kahwin. Maksudnya bagaimana ya..

Adakah dengan berkenal sebelum kahwin maksudnya saya akan ym, chatting dan skype dengan dia untuk lebih mengenali. Yalah, mestii nak tanya, dia suka makan apa, warna apa yang disukai? kalau ada masa lapang, selain DOTA, apa lagi yang dia suka buat, penulis apa yang digemari, kenapa perhimpunan bersih pakai warna kuning? mengapa tidak kelabu ataupun pink? , bla..bla.. antara Oprah Winfrey show dengan Semanis Kurma mana lagi suka tengok, bla..bla...bla...Catherine Zeta Jones dengan Jennifer Lopez mana lagi chantek, pernah pergi Jom Heboh tak?..bla..sok..sek...saya sayang awak..okay, i love u....


Bila dah berkenal-kenalan begitu, yakinkah kita akan bahagia selepas kahwin? Betul ke kita perlu tahu sedetail-detailnya tentang setiap mukasurat kehidupannya?


Jawapan saya adalah TIDAK. Bukan perkenalan begitu yang saya maksudkan. Jika kita ingin yakinkan diri dengan sikap dia, perangai dia, ada inisiatif yang berganda lebih baik dan terjaga lagi berbanding kita sendiri tanya dia.

Islam sebenarnya dah ajar semua benda ni. Cuma kita je yang tak tahu, atau memang sengaja takmau ambil tahu.

Caranya ialah dengan berta'aruf. Maksudnya dalam bahasa melayu, saling berkenalan.
Oh, mungkin korang tertanya-tanya, apa bezanya dengan yang atas tu?

Untuk yang belum tahu, ta'aruf/ proses berkenalan yang dianjurkan Islam ni merupakan proses yang melibatkan orang tengah, maksudnya macam lelaki dan perempuan ni kalau nak berta'aruf biasanya akan ditemani mahram atau teman yang reliable, so takdelah diorang berdua sahaja yang berbincang.

Tapi teman2 tu pulak mestilah yang dipercayai, yang waras, yang tahu beza baik buruk. Jangan pulak bawak adik kakak yang terencat akal tak tahu apa2 atau adik umur lapan tahun yang boleh rasuah eskrem pi main jauh2..

Biasanya kalau korang baca novel2 islamik, mesti ada babak laki ni nak berkenalan ngan perempuan ni, so dia guna orang tengah yang dipercayai minta tolong sampaikan hajat dia, dan kalau perempuan tu pun setuju, bolehlah buat sesi kenal-kenalan/ta'aruf/ice-breaking or watever you may call it. Tapi tak ice breaking sangatlah kan. Biasanya orang kalau ta'aruf ni bukannya tanya apa benda detail sangat, kira macam perkara2 dasar sahaja, tak sampai cair lagi ais tu, macam baru keluar peti sejuk je. Still keras, tapi lama-kelamaan selepas kahwin, akan cair (orang pick-up mesti faham analogi ni. Siapa tak faham, makan ikan dan gajus banyak sikit, biar cergas otak).


Lagi satu, kalau nak tahu pasal peribadi orang yang kita hendak pilih sebagai pasangan hidup a.k.a. soulmate ni, bagi saya cara paling tepat adalah dengan menggunakan orang tengah yang dipercayai, untuk bertanyakan tentang peribadi orang tu.


Contohnya macam ni:
Ada seorang lelaki, misal kata namanya Naimi. Naimi ni seorang yang baik, stok2 tak tinggal solat berjemaah di masjid, hormat ibu bapa, kasihkan binatang, dan juga suka menderma. Jadi satu hari, Naimi ni rasa sudah tiba masa untuk dia mendirikan rumah tangga. Kebetulan dia pun ada macam crush gitu dengan seorang budak perempuan satu universiti dengan dia. Minggu lepas dia ternampak budak perempuan ni selamatkan kucing yang sedang terkapai-kapai di dalam longkang besar, dan secara automatiknya dia pun terjatuh hati. Tanpa berlengah lagi, Naimi ni pun bertanyakan seorang pensyarah di universiti dia yang dipercayai dan rapat dengan budak perempuan ni tentang peribadinya. Baik ke tidak budaknya? perangainya macam mana? fikrahnya bagaimana? dan beberapa lagi soalan yang betul2 penting dan perlu diambil kira.Sebab bagi Naimi, setakat selamatkan kucing jatuh longkang bukanlah satu jaminan yang pasti untuk menjamin peribadi perempuan ni. Manalah tahu kot2 budak perempuan tu sengaja jatuhkan kucing tu, dan pura2 selamatkan sebab nak bagi orang kata dia wirawati penyelamat haiwan kan..manalah tahu..


So selepas merisik2 mantaplah hati Naimi untuk meminang perempuan ini berdasarkan opinion dan feedback daripada pensyarah yang dipercayai dan juga beberapa orang kawan perempuan ini yang sempat ditemu ramah. Naimi pun bernikah dengan perempuan ni dengan majlis yang sederhana, mas kahwin yang sederhana dan tidak melampau-lampau. Then selepas nikah, barulah Naimi dan Naimah betul2 bercinta dan mengenal hati budi masing2. Setel!


Itu kalau ada yang dah berkenan di hati, tapi kalau yang tak ada sesiapa lagi yang di'aim'kan, tapi rasa macam dah sedia nak bernikah, minta je lah mak carikan, ataupun nak lagi best minta tolong dari mana2 ustaz, atau ustazah, atau siapa yang kita yakin dia akan memberi kita pendapat dan cadangan yang terbaik. Kan senang macam tu. Waktu saya menumpang sekejap kat pondok dulu pun, selalu je dengar ada yang minta ustaz dan ustazah yang ada kat situ untuk carikan calon isteri, dan memang selalu ada yang nak akad nikah dan buat kenduri terus di pondok. Majlis yang sederhana dan tidak membazir. Tak payah nak pelamin2 bagai. Kitorang budak2 pondok ni pun tumpang gembira. Memasing menyibuk je nak tengok muka pengantin. Tapi tak bestnya kitorang kena basuh2 ayam.. *Saya paling tak suka bersihkan ayam! T_T..

Oh ya, sekarang ni kalau tak silap saya, ada persatuan Baitul Muslim, dia ala2 pencarian jodoh macam tu lah. Lagi senang.

So itulah.. sebenarnya tiada istilah couple sebelum kahwin, sebab once kita berkahwin, barulah kita boleh bergelar couple. "You complete my life". Cewah!!

Kita tidak perlu risau takut2 tersalah pilih, sebab inshaAllah DIA mengatur yang terbaik buat kita. Jodoh itu sudah ada, inshaAllah. Tak perlu kita nak runsing untuk bercinta awal2 sebelum adanya ikatan pernikahan.

Kalau misal kata kita masih belajar dan betul2 suka pada seseorang dan kita memang nak jadikan dia sebagai isteri/suami suatu hari nanti, jumpalah parents dia, bertunang dulu.Jumpa parents terus much better and proper daripada kita sendiri berhubung dengan yang empunya diri. Pada masa yang sama, walaupun dah bertunang, jangan pulak kita menggatal nak call, skype, chat, ym, text semua tu selagi tiada urusan yang penting.


Ingat ya, bertunang bukan satu tiket untuk menghalalkan semua benda tu. Hubungan sesama tunang sama sahaja batasnya dengan lelaki dan perempuan yang lain. Cumanya, tunang itu sebagai satu tanda dan keterikatan janji antara lelaki dan perempuan tersebut. Sebab, syaitan tu kan, dia licik sangat, macam-macam cara dia boleh guna untuk menyesatkaan kita. Pantang ada peluang, terus je dia masuk line.


Jadi kesimpulannya bercinta selepas kahwin ni sangat relevan. Tak perlu timbul isu "eh, habis tu macam mana kita nak kenal? nak tahu dia tu baik atau tidak? Semua ada solusi dan jalannya mengikut kaedah yang dibenarkan syara' dan dapat memelihara hati dan perasaan. Islam itu syumul, jangan kita sempitkan. Kalau tak sefahaman sikit tu biasalah, bak kata orang tua2, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Kalau dah kahwin, pandai-pandailah sesuaiakn diri dan bertolak ansur. Perbezaan itu yang membuat hidup kita berwarna-warni. Takkan semua nak sama je kan. Tak challenging lah gitu. Ceh, kenyataan macam orang dewasa yang sudah berpengalaman. (Jangan main2 ya, saya pernah bercita-cita menjadi kaunselor perkahwinan waktu Tingkatan Lima) :p


Lagi satu, tak usah kita bimbang sangat, fikir sangat tentang "macam mana suami aku ni nanti ea?" atau "siapalah bini aku nanti"?

Suka saya untuk memetik satu kata2 yang saya pun tak ingat dapat dari mana:

"Banyakkan menjadi daripada mencari".


Maksudnya, kita tak payah nak bimbang nak cari sedari awal, dan sibukkan diri kita dengan those petty things semua tu. Sebab bercinta @ couple awal2 ni pun banyak buat sakit kepala jugak. Time bahagia, yes, memang hati berbunga2, tapi kalau mai ribut taufan tu, mau serabut kepala kita nak fikir. Effect kita punya life dan study nanti. Paling penting, hubungan kita dengan Allah macam mana?


Apa yang perlu kita buat, single- single ladies and gentlemen sekalian adalah :

1) Perbaiki diri dari masa ke semasa.
2) Tuntut ilmu sebanyaknya
3) Baiki dan jaga hubungan dengan Allah.

Ingat satu perkara ni. "Jagalah urusan dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjaga urusanmu. "

Bab-bab jodoh ni, kita serahkan pada DIA. Tak bermakna kita tidak usaha, kita PERLU USAHA! Tapi bukan usaha untuk cari bf or gf, tetapi usaha untuk mencari suami/isteri.


Dan korang pun biasa dengar kan, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaiknya. Jadi baiklah sekarang ni kita cuba usaha membaiki diri, rapatkan diri dengan Allah, baiki hubungan dengan DIA dan inshaAllah the rest will flow by its own, in a very amazing and unexpectable way. Believe me. :)


Ruangan bonus bulan ni:

1) Kalau pun kita tak berjodoh di dunia ni, tak perlu sedih sangat dan kecewa pun. Imam An-Nawawi misalnya, seorang ulama' yang sangat berjaya dan memanfaatkan ilmu dan usaha sepanjang hidupnya demi Islam pun membujang hingga dijemput Ilahi.

Rabi'atul 'Adawiyah yang terkenal dengan riwayat kesufiannya itu pun tidak pernah sedih kerana tidak ber'soul mate'.

Dalam hidup ini, apa yang penting, dan yang kita perlu damba sangat2 adalah redha Allah. Usaha ke arah itu yang penting :).


2) Saya sangat ingat nasihat Madam Wan (UiTM Kuantan) saat saya mengadu kepada beliau tentang sesuatu. Kata beliau : "Kita ni, tak perlu spesifikan sesiapa untuk jadi suami kita, tapi sppesifikkan ciri-ciri yang kita mahukan dalam diri seorang suami, yang bakal menjadi imam kita."

Kata-kata ini saya pegang sungguh-sungguh. Saya tidak akan aim siapa2, apatah lagi pada usia yang masih sangat muda ini. Saya cuma ingin belajar menjadi wanita yang terbaik di mata Allah, kerana saya yakin, DIA juga sentiasa memberikan saya segala yang terbaik dalam hidup ini. Wallahua'alam

Nota kaki:

1)Maaf jika ada sebarang salah silap dan ayat-ayat yang mungkin mengguris hati mana2 pihak. Kebenaran itu, sepahit mana pun ia, wajib kita tegakkan.

Dan jika ada mana2 part yang kurang jelas saya terangkan sehingga menimbulkan kekeliruan, anda boleh tegur dan tanya saya semula.

Daa~ (^_^)
credit to: toing2

sape kate duk kat hostel tak best??meh nak bagi penampaq jepun.. :P

      Bismillah, assalamualaikum.. Salam satu malaysia kepada..pembancuh teh, mamat blakang umah, ravi yang sedang jage lembu dan abang2 nsem ke? hahaha.. tibe2 ade bunyik ''pehal ko tiru tauke weh''.. saje je kot nak tiru tauke.. btw, entri hari ni bukan nak cite pasal tauke or maharajalawak dan seangkatan nye ye! hari ni cik iman nak cite pasal ''hostel life''.. pergh.. orang2 terpilih je yang boleh merasai hostel life ni tau tak ! tak kisah lah ande2 sume sekolah harian biasa n duk hostel, budak2 SBP, budak2 Maktab Rempit Satu Msia ke, kolej tunas cam dalam novel hlovate. etc..etc, duduk hostel la antara fasa zaman remaja yang paling best dan berfaedah sepnjang hidup. duk hostel segala macam benda buat pengalaman. korang pernah kutip durian ngan kawan2 kat belakang kebun sekolah then bawak balik hostel bwat tempoyak?? ape?setakat curik kat kebun pak mat tak boleh challnge memori time ngan kawan2. nasihat cik iman, anda2 yang baru masuk hostel life jangan la culture shock,pandai pilih kawan dan sebagainya.


   tidur sorang2, tak ade dah ketiak masam mak kamu.. hik3
       Pengalaman yang pahit, kelat, manis dan masam.semua ade, lengkap. korang pernah kena lecture ngan senior2 dua tiga pagi? kikikiki.. ni kire pengalaman yang paling masam skali la. bingit telinga dengar akak2 senior membebel. itu,ini semua tak boleh buat. memang la first2 tu rase cam tak nyampah gile kena dengar orang membebel ni. but, ade hikmah sebalik bebelan mereka itu. bile time jadi senior baru rase nak lecture adik2 junior ni. pergh.. kalau dapat akak2 yang mulut die cam puaka tu nasib kau la labu..selain itu jugak la kan, kalau anda2 semua duduk kat hostel, fikiran korang semua akan terbuka. dimana akan menjadi lebih matang dalam menilai sesuatu perkara. (jangan terlebih matang dah la, lain pula ceritanya nanti huk3).. cik iman cerita as a girl. sebab kalau nak  sentuh part2 buli ni memang cik iman tutup mulut r tak pandai komen lebih2 sebab selalunya memang abang2 je buat kerja2 macam ni. stress je terus cari punching bag, sape lagi kalu bukan adik2 yang masih meleleh hingus cam shin be tu.la jadi mangsa. kikiki (sabar je la nyah!).

        Itu antara kenangan2 dengan kawan2 la. tapi kalau nak sentuh pasal study better adik-adik semua tinggal la kat hostel. sebab dapat fokus lebih dari seratus peratus.selain itu juga kamu2 semua akan mengikuti aktiviti2 yang superb yang telah di rancang oleh MPP terhormat macam cik iman.kiki.. contoh terdekat, konpem la usrah! lain lah ande2 semua ade agenda yang tahap mangkuk ayun cam ''hari ni i nak ngorat abang fauzi tu, alah! yang kerja kat dewan makan kite tu! alah, yang selalu menyapu dan lap meja makan tu'' ( tiada kaitan dengan sesiapa) .haha.. ni selalunya memang normal aktiviti kucing2 gatal kat aspuri kuikuik. kire ape yang cik iman nak tekan kan dekat sini,  niat sangat penting,dalam segala perbuatan kite. contohnye, niat nak ambil durian kat blakang sekolah,then tukar nak gi dot..dot ngan someone.. perghh.. malu siot kalau kena tangkap. nauzubillah minzalik. bese lah, cik iman ni pantang duduk mengadap laptop dan duduk sorang2 mula la masuk aura2 memory lane yang  boleh buat cik iman tangkap leleh! ape2 pon, kehidupan di asrama sangat superb! jika anda ada peluang jangan lepaskan. kat cini cik iman ade sedia kan kebaikan dan keburukan hostel life.Tekan sini.

new born~~ chang!!

        Bismillah ,assalamualaikum ya ahli kubur!!(tak jawab dosa,jawab gatal).kikikiki... tak lah. selamat datang ke blog saya yang tak berapa cantik ni. this is my first baby.saya dah lama nak blogwalking ni cuma masa tidak mengizinkan saye membuat sebegitu.. biasalah mahasiswa-to-be macam saya mesti lah sibuk sebelum ni dengan study for life, thats mean! SPM.. huhuhu.. mengapa saya namekan blog ni   http://brutaline-man.blogspot.com ?? sebab, sume penulisan atau pun entri di dalam blog ini sumenye brutal, tak ade lah brutal pun cume sume masih halal dan boleh dtrima logik. Semua entri di dalam ni adalah pendapat saya semata mata dan sesiapa yang tidak puas hati atau ingin bertanyakan soklan dialu alukan pertanyaan anda itu.. ape ape pun please support me.. :P 

copy paste je k! :P