Bismillah.. assalamualaikum ya ahli kubur
Holla.. hari ini cik iman nak tulis entri pasal sahabat selamanya. mesti kamu semua ada kawan karib kan aka bff la.. femes gitu .. hihi.. ada sesetengah orang dia hanya perlukan sahabat apabila susah je betul tak? bila tak ada duit masa tu juga lah dia menempel nak di minta belanja la, minta pinjam duit etc.. yang tak boleh diterima tu time habis gunakan kita kutuk2 kita dibelakang. biasalah kan selalunya benda ni jadi kat pompuan kalau bab2 mengumpat berbakul bakul ni serah kat perempuan la . itu lah antara pandangan orang,asyik2 perempuan. lelaki mane? diorang tak pernah mengumpat ke?jangan salah paham.. konpem la ade.. cuba dari zaman datuk nenek moyang kita kan memang sudah tertanam dalam fikiran kita bahawa girl ni memang macam itu. apa susah jage diri kita sudah la. :) .
Kita berkawan dalam dunia ni ada tujuan dan matlamat. jika niat kita ikhlas hendak berkawan kita tidak akan kisah siapa dia dan bagaimana rupanya. berkawan lah kerana Allah, insya-Allah sampai syurga!! kawan itu adalah cermin kepada diri kita (bukan bermakna anda lihat kawan anda kurus,maknanya anda kurus sedangkan anda gemuk :p) ini bermaksud, jika kawan anda mempunyai perangai yang kurang elok, anda perlu mengambil ia sebagai satu pengajaran supaya tidak menjadi seperti mereka. Dalam masa yang sama, nasihati mereka.. jika mereka marah cam ne? nasihatlah elok2. kalau marah lagi? tunjukkan contoh yang baik. kalau marah lagi? ni la masanye, anda backhand kawan2 anda hihi.. alangkah indahnya jika persahabatn ini di jadikan sebagai satu medium dakwah. saling nasihat menasihati antara satu sama lain.
|
sayang korang |
|
korang tak sayang ke kawan korang??
Yang cik iman tak tahan tu, ada ke patut bestfriend bergaduh kerana seorang lelaki ?? ini punya hal konpem lah berlaku kat perempuan. gagal logik cik iman rasa diorang ni. sedar lah! yang kamu gaduhkan itu bukan muhrim kamu, sedang kamu bergaduh, syaitan sedang berdekah-dekah ketawa diatas kebodohan kamu itu. merosakkan persahabatan kerana cinta yang tidak ada kepastiannya? sangatlah rugi. ada juga antara kita yang bersahabat hanya untuk femes dan sebagainya. sahabat ni, adalah suatu tempat untuk kita kongsi dari segi pengalaman agar kita tidak sunyi hidup di dunia ini tanpa hiburan.
|
Merlin and Arthur not only as a servant and king but more than that…They are Friend.. |
DIsini cik iman nak cerita pasal pengalaman dan penyesalan. kisah ini tentang kawan cik iman yang telah tiada di dunia ini. cik iman kenal dengan syazwani semasa cik iman menghadiri sebuah kelas tuisyen. syazwani seorang yang sangat periang dan baik. beliau bukan satu group ngan cik iman (bese la pompuan ada geng). cik iman boleh kira satu kepala la dengan dia ini. pastu ade satu kes yang membuatkan cik iman memang meluat tengok dia ni. boleh kira dia ni menggedik sangat la kot. bermula dari situ memang cik iman anti dia dan tak bercakap dengan dia. bermula hari itu cik iman berhenti tuisyen. selang 2 tahun kemudian,tahun itu cik iman nak ambil PMR. setiap malam akan ada solat hajat. sebelum solat hajat mesti ada tok imam kata '' niatlah.. bla3.. dan memohon supaya anak sedara pak cik joe sihat kembali'' . cik iman ambil tak endah je dengan apa yang tok imam cakap then solat macam biasa. sehinggalah beberapa bulan itu,di suatu malam, para pelajar perlu membaca yasin untuk disedekahkan kepada anak sedara pak cik joe tersebut kerana telah meninggal dunia. keesokan harinya, datanglah kira bff satu kepala la ngan cik iman( lelaki) datang kelas.
kawan : Weyh, kau tau tak siapa anak sedara cik joe tu?
cik iman : uh,anak sedara dia yang sebaya ngan kita tu? tak sempat berkenalan pun.
kawan :Sampai hati kau tak ingat tu syazwani la
cik iman : Ape sampai2 hati ni.. syazwani mane satu? aku kenal ke weyh?
kawan : Tahap kepala banyak makan semut la kau ni. syazwani satu kelas tuisyen dengan kita dulu.yang kau kawan baik dengan dia sekejap tu.
Balik je hostel terus cik iman ambil yassin dan sedekah kan kepada dia. ya Allah, cik iman rasa satu penyesalan sangat tak ambil tahu pasal dia. Syazwani meninggal kerana lEUKEMIA itulah penyesalan yang tak kan cik iman lupa sampai bila2. jadi kepada anda2 semua, sayang sahabat anda, kalau beliau hanyut.. pandu arah beliau jangan sampai kita dipandu ke jalan yang salah.. sayang sahabat selamanya. :)
“Life is like a novel. It's filled with suspense. You have no idea what is going to happen until you turn the page.”
|
p/s: but human being is not the writer, ALLAH is the novelist
betul tu dear...nice entry..sdeyh plak bca part bwh tu, semoga roh kawan awk dicucuri rahmat.amin
ReplyDelete