Sunday, February 3, 2013

Saya ditakdirkan gemuk.. :(


  Bismillah..
Assalamualaikum dan salam ceria semuanya..

       Cik iman harap uuoolls semua boleh dalam keadaan yang baik dan sihat semuanya.. dah baca dan belek2 tajuk entri atas tur?? siapa gemuk angkat kaki.. kui3.. tak la, jangan angkat kaki nanti jatuh tau tak!!  kamu semua mesti terfikirkan kadang2 kenapa aku gemuk?? ''adakah saya ditakdirkan macam tu? owh!! sebagai seseorang yang begitu redha dengan takdir dan berpegang kepadanya,so, tak pe la, tak ya diet biar je..'' no,no,no !! jangan macam tu ye kawan2!! even kita tak pernah fikir nak cantik pun fikirlah yang kita nak sihat dan untuk berkeyakinan.... ape2 pun uuoollss... cik iman ade sediakan beberapa tips untuk kurus yaw! ''cik iman berjaya ke dengan buat semua ni??'' alahai,cik adik common sense la.. dah banyak lemak kena la bakar!...katanya! okeh2! jangan tunggu lama2 dan buang masa..

           First ,ofkoss!!... kamu2 semua kena kontrol tabiat pemakanan kamu.. mula2 makan sikit je. jangan lah gelojoh nak kurus so, tak nak makan.. nanti sakit pula baru tahu... memang mula2 susah sangat nak kontrol dari makan yang berlambak lambak nak ke seciput-seciput. tapi kita kena sabar, nak kuruskan.. lama kelamaan perut anda akan biasa menerima makanan yang sedikit itu. Kalau boleh, nasi anda2 yang berkanji banyak tu tukar kepada brown rice. sebab brown rice punya kalori sangat rendah daripada beras biasa yang kita makan tu ye.. tahan2 nafsu makan anda semua.kalau boleh lebihkan air dan elakkan makan makanan yang berkarbohidrat lebih dari jam 6 petang. seksa?? memang pun.. tak pun susah sangat puasa je!


sedap tak?? memang sedapkan.. kalau  dah makan ni, ikat  nafsu supaya kontrol  makan selepas itu.


sedap tak kek ni?? tapi hemmm.....  

        Second, pergi la rajin2 kan diri anda berjoging.. supaya lemak2 dalam badan anda itu tidak gembira.. kalau abang cik iman dia nampak cik iman tak pergi joging dia akan selalu kata.. '' Along boleh nampak lemak tu die gumbira sambil lompat2''.. sedey betol.. so, terpaksa la cik iman ikut dia pergi joging!!.. sebenarnya malas gila.. dah la naik bukit then pergi round satu taman pastu pusing balik.. bayangkan! penatnye lebih dari merentas desa masa sekolah rendah tu tahu tak!

jogging lagi! biar pecah lemak2 degil dan gatal!!

       Yang ketiga nya... ni option. cik iman join dancing and fitness class. memang berbaloi. bukan sekadar nak turunkan berat badan malah, boleh belajar tarian2 yang best. alah, korangkan k-pop fans!! so, banyak lagu2 k-pop yang di gunakan... boleh la korang2 berlagak macam korang tu ahli t-ara ke ape2 je la.. sori cik iman bukannya fans k-pop tegar.. kuikuikuik... hem.. Cik iman ingat lagi first time cik iman join.. perghh.. madam Eling yang jadi teacher tu, memang mantap body dia tau. pas tu cik iman tanya dia, umur berapa madam? 50 tahun maaa... mak aik bapak cantiknya.. 

So, cik iman ada la beberapa tarian yang memang cik iman buat di rumah... memang penat.. btw, nak kuruskan?? hihihi...


     Nasihat terakhir, bila kamu2 semua keluar jalan2 ke.. janganlah berangan nak jadi macam pengacara jalan2 cari makan tu... elakkan kalau boleh. kalau tak tahan juga ambil makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit ye! lebihkan memandang kepada baju2 yang cantik.. supaya semangat anda membara... hui3..timbang berat anda kalau boleh sekali seminggu.. supaya nanti anda akan dapat perkembangan nya. jangan cepat berpuas hati dengan penurunan yang di buat,kalau cepat puas hati.. anda akan mula untuk tidak kisah dan makan banyak semula.. nasihat cik iman, jangan la ambil  pil2 kurus. hey! be natural k. tak seronok la kalau begitu. kalau nak ambil juga, selang seli dengan usaha membakar lemak anda ya!! sama2 lah kita membakar lemak untuk negara! itu sahaja perkongsian cik iman kalau ada yang nak tambah sila2 kan... hihi.. daa! sayang semuanya..








1 comment: