Wednesday, April 10, 2013

I say never be complete,I say stop being perfect



   HOLLA !  Assalamualaikum ya ahli kubur... 


    Korang tahu tak pasal fight club?? ekekekke...  google sendiri k.. kalau ada hati nak join pun pastikan anda khatam silat + judo level 14 dulu.. baru lah boleh daftar sebagai ahli.. katenya! dah belek2 entri kat atas tu?perfect? waatt iss datt .. buat2 tak paham la pula.. ayat selalu orang gunakan..

'' Bukan semua orang perfect'' Nak tahu tak orang yang nak sempurna ni penyakit dia ape??




    Boringnya dengarkan...   perfect a.k.a sempurna. Semua orang nak sempurna..  rupa cantik, pandai, pointer selalunya 4 flat, emmm.. kalu perempuan, pakwe hensem, kaya, beriman, kalu boleh nak doctor,engineer, bonuss k bonuss kalu dia anak Dato, Tan Sri.. ekekeke.. Cik Iman macam cakap pasal diri sendiri je.. Tapi sebagai manusia kita perlu terima semua tu, bahawa kita memang tak akan pernah jadi sempurna dari segi akhlak mahu pun rupa paras kita. bila kita cuba untuk menjadi seorang yang sempurna seperti diatas.. kita akan mula fikirkan tentang pandangan orang lain.. mulalah, nak pakai itu tak boleh, nak bergaya tak boleh, nak bagi pendapat pun tak boleh,dalam kelas senyap je sebab nanti pakwe kat sebelah ingat titew tak sopan,bila cikgu tanya kita diam je... takut nanti orang cakap kita tak sopan.. emm..emm .. tu bukan tak sopan tu gagal adab kalau kita tak jawab soalan yang orang tanya.!!... kalau kita petik satu part in our life yang orang akan selalu komen... mesti pasal pakaian kita kan? Bagi cik iman as long as korang tutup aurat, cukup dah. Contoh situasi:





Situasi 1:
  
A : Ok tak baju ni? ( baju muslimah)
B : Baju tu labuh gila.. kau ni nak pergi usrah ke nak pergi hangout??  (gelak gulin2 jatuh katil)
A : Tapi aku suka baju ni. (T__T)

      Si gadis A pun tukarlah dari baju labuh tu ke t-shirt biasa yang tak biasa dipakai + panas pulak tu. biarlah asal kawan titew happy kan? kan? pak ang.. mungkin untuk daftarkan orang2 yang buta fashion ni dalam  How Do I Look...tak kan laa.. 


Situasi 2 :

 A: Ok tak tudung  bawal ni?? *tayang2 depan kawan
 B : Kolot la kau ni .. orang sekarang pakai pashmina k.. pashmina ..
 A : Emm.. match x colour pashmina ni dengan baju ni kalau aku pakai??
 B : Ko jalan jauh2 dengan aku nanti sebab nanti orang ingat ade maskot dg ikut aku.
 A : Pastu, kau nak suruh aku pakai tudung saji ke apa? *sambil cekik leher kawan. 


      Kita akan mula hendak menjadi perfect dengan memuaskan hati semua orang.. tapi sedar atau tak kita tak dapat nak nikmati pun hidup kita. bukan itu sahaja, boleh dikatakan setiap perkara dalam hidup, kita akan dihakimi.. dengan siape? yess! society.. sebab society kita akan jadi hipokrit k.. hipokrit tu bagus tapi kalu hipokrat sebab nak jadi sempurna nanti kita sendiri yang susah.Itu
Memang biasa apabila dikatakan b+ maknanya anda kurang pandai.
               
                      ''Take a little bit from my plate,chew, telan and then talk ''-trisy

      Sebelum ini cik iman pun pernah2 la juga cuba untuk jadi perfect konon.. tapi tak jadi.. ekekkeke..sebab boring koot... sape kate jadi brutal tak baik. its ok if brutal in iman?? hehe.. ok guys, chill dan fikir2 kan... ITS NOT ABOUT PAST, BUT NOW! Enjoy every moment of life as it is ! 



''Everything has its own  pros and cons then.. it really depends on how we takes.. Live well or live hell? YOU CHOOSE - hlovate




chill guys :))



Simple life








        See.. if cik iman memang rajin nak mengarut2 dekat blog.. tak berhenti lah ceritanya ya... simple life?? apa tu? setiap orang ada pendapat masing2.. tapi bagi cik iman simple life yang cik iman nak tulis ini lebih kepada hidup seorang perempuan.tak ada lah, cik iman suka tanya akak2 senior cik iman yang pandai2 . lepasni nak buat apa.. lepas dapat degree? sambung PhD terus ke. Kira macam ni la kitorang punya chat.....
   '' Akak lepas dapat degree, insyaAllah nak kahwin dan jadi suri rumah, bagi akak, tempat isteri di sisi suaminya.''
Ayat punya lah redha dan sabarnya akak ni. Dalam hati cik iman ada lagi orang macam ni rupanya.  

 Selepas tu, ada satu petang masa cik iman jalan2 dengan along cik iman kat tasik Titiwangsa.. cik iman tanya dia

    '' Along, simple gila life diorang, tak ada pun macam kita.. lepas tu kena buat tu buat ni..''
'' Yeke simple? Ntah2, kita tengok je simple.. tapi sebenarnya nak pecah kepala diorang                  fikirkan pasal hidup ni''
'' Betul jugakkan''
Cik iman pun nak sangat life camtu senang je. Tapi kehidupan setiap orangkan berbeza, mana boleh kita bandingkan macam kita. Cik iman suka tanya pendapat about everything dekat Along cik iman. Sebab dia sangatlah bagus dalam bagi pandangan. Walaupun agak pedas dan memakan jiwa dan raga kadang2 tu.Tapi nak buat macam mana dah memang betul.


      Antara adik beradik, rasanya.. Cik iman lah paling kuat memberontak. Selalu persoalkan apa sahaja yang parents Cik iman aturkan. Tak macam sesetengah orang diorang boleh buat apa je yang diorang nak, take any subject yang diorang nak masa dekat u. Bajet2 hot je boleh ambik medic. Tak macam along n angah. just follow je apa yang parents cik iman suruh. Macam Along.. dia nak jadi Doctor  after matrik, tapi mak cik iman bukan kasi pun.. so, dia jadi engineer. tapi, after keluar um, before grad berlambak tawaran kerja dia dapat.siap dapat pergi German .. dalam hati cik iman '' tak ada lah teruk sangat pilihan mak aku''

Sama lah kes dengan kak ngah.. dulu dia nak ambil bahagian komputer, tak bagi jugak... sebab dia fikir masa tu dia memang terer bab computer2 ni.. sikit je lagi nak jadi HACKERS antarabangsa.. kikikiki.. makna tak nya, 24/7 hours dengan laptop dia.. tapi hajat dia pun tak kesampaian.. ambil lah food technology. Alhamdulillah lepas jugak segalanya.. Cik iman?? haha.. the betrayer k..  kira2 macam cik iman dah luah kan dekat family cik iman, ingat nak ambik mass com. Macam biasa ramai lah yang bangkang. tapi cik iman tak marah pun.Ada sahaja offer datang, tapi.. Cik iman tak fikirkan lagi.. 


Hidup setiap orang berbeza.. nampak je life Cik iman seronok. semua orang tanya, sampai ada sahaja yang cakap jeles lah. Diorang kata cik iman dapat semua yang cik iman nak. Family Cik iman setiap benda ada peraturan.. patuhilah jika hendak selamat. chill k..


LIFE WHILE WE YOUNG =)